Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kemboja lancar inokulasi dos penggalak tambahan

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 14 JAN – Kemboja hari ini memulakan pusingan keempat vaksinasi COVID-19 dalam tindak balas terhadap varian Omicron, dengan kumpulan berisiko tinggi merupakan yang pertama menerima vaksin penggalak tambahan itu.

    Petugas kesihatan barisan hadapan dan anggota pasukan keselamatan adalah antara yang berbaris di hospital-hospital dan klinik. Menteri kerajaan, termasuk Perdana Menteri Hun Sen juga menerima dos penggalak hari ini.

    Hun Sen merayu kepada semua rakyat Kemboja untuk mendapatkan vaksinasi penuh, termasuk dos penggalak, mengatakan di laman Facebooknya bahawa ia adalah satu-satunya cara memastikan keluarga dan komuniti selamat daripada COVID-19.

    Satu kempen untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin masih lagi berjalan.

    Kes pertama varian Omicron yang amat mudah berjangkit di negara itu disahkan pada pertengahan Disember daripada seorang wanita berusia 23 tahun yang baru kembali dari Ghana.

    Kemboja membuka semula sempadannya bagi pengembara divaksinasi penuh pada 15 November, dua minggu lebih awal berbanding yang dirancang sebelumnya, dalam langkah bertujuan menghidupkan semula ekonomi dan aktiviti sosial negara.

    Kementerian Kesihatannya hari ini melaporkan 10 kes baharu COVID-19, semuanya dari varian Omicron, dengan empat import dan enam jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes ialah 120,728 dengan 3,015 kematian, sejak pandemik bermula. -AP

    Seorang wanita menerima dos penggalak keempat di pusat inokulasi di Phnom Penh, Kemboja, 14 Januari. Kemboja memulakan suntikan dos penggalak tambahan ketika varian Omicron merebak ke dalam komuniti. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...