Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kemboja lancar kempen ‘jerangkap sifar’ lindungi haiwan

    PHNOM PENH, 3 MAC – Kementerian Alam Sekitar Kemboja dan rakan persatuan hari ini melancarkan kempen ‘jerangkap sifar’ di kawasan dilindungi bagi menyelamatkan haiwan-haiwan daripada terperangkap dan dibunuh, kata para pegawai.

    Jurucakap dan setiausaha negara kementerian itu, Neth Pheaktra berkata kempen enam bulan itu akan dilancarkan di kawasan dilindungi di wilayah yang terletak di timur tepi Sungai Mekong, termasuk wilayah Kratie, Stung Treng, Ratanakiri, Mondulkiri, Preah Vihear dan Kampung Thom.

    Rakan persatuan dalam kempen itu termasuk Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Pertubuhan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS), Birdlife International dan Conservation International, katanya.

    “Kempen itu dilancarkan pada hari dunia meraikan Hari Hidupan Liar Sedunia dan dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran tentang impak perangkap ke atas hidupan liar dan manusia, melaksanakan undang-undang, menggalakkan orang ramai mencintai hidupan liar dan biodiversiti serta membanteras pemburuan haram, memerangkap dan menyeludup haiwan liar,” ujarnya kepada Xinhua.

    Jurucakap berkata perangkap adalah alat paling berbahaya untuk membunuh haiwan liar dan sekitar 61,611 perangkap telah dihapuskan dari kawasan dilindungi pada 2021, pertambahan sebanyak 42 peratus dari 43,270 pada tahun 2020.

    “Jerangkap adalah pembunuh senyap yang menghapuskan haiwan liar di Kemboja,” kata Pheaktra, menambah bahawa terdapat banyak jenis jerangkap termasuk jerangkap elektrik dan perangkap besi. – Xinhua

    Satu jerangkap banteng di kawasan Perhutanan Komuniti Sami di wilayah Oddar Meanchey, Kemboja. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...