Kemboja, Laos komited tangani pertikaian

PHNOM PENH, KEMBOJA, 12 SEPT – Para pemimpin Kemboja dan Laos bersetuju untuk meningkatkan lagi usaha untuk menyelesaikan penandaan sempadan mereka, di mana pertikaian telah membawa kepada konfrontasi bersenjata dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan rakan sejawatannya dari Laos, Thongloun Sisoulith, bersetuju dalam satu kenyataan hari ini untuk menyelesaikan proses itu bahawa 86 peratus sempadan telah ditandakan.

Kedua-dua Negara akan menambah tiang sempadan dan menghasilkan peta sempadan. – AP