Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kemboja lapor penurunan mendadak kes demam denggi

    PHNOM PENH, 6 JAN – Kemboja melaporkan hanya 1,903 kes demam denggi dalam 2021, satu penurunan mendadak berbanding 2020 apabila 11,977 kes direkodkan, menurut pegawai kesihatan hari ini.

    Virus itu membunuh lapan orang tahun lalu, berkurangan 50 peratus berbanding 16 kematian pada tahun sebelumnya, kata Leang Rithea, pengurus program bagi Program Kawalan Denggi Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Kemboja.

    “Penurunan kes dan kematian tahun lalu adalah disebabkan kesedaran lebih tinggi dalam kalangan rakyat bagi usaha pencegahan diri dan anak-anak daripada digigit nyamuk Aedes dan penyertaan mereka dalam pembersihan alam sekitar serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya memberitahu Xinhua.

    Demam denggi merupakan penyakit berjangkit bawaan nyamuk Aedes yang lebih aktif pada siang hari. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...