Kemboja lapor tiga kes import

PHNOM PENH, 10 OGOS – Kemboja hari ini mengesahkan tiga lagi kes import baharu COVID-19, menambah jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kepada 251 orang, menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatannya.

Kes terbaharu adalah tiga lelaki Kemboja berusia antara 23 dan 26 tahun yang tiba di Kemboja bulan lalu dari Indonesia melalui penerbangan langsung, menurut Kementerian Kesihatan Kemboja. “Pada hari ke-13 kuarantin, sampel mereka diuji bagi COVID-19 buat kali keempat dan keputusan pada Ahad menunjukkan mereka positif virus itu,” katanya.

Pada masa ini, ketiga-tiga mereka dirawat di wad pengasingan di Preah Norodom Sihanouk-Tboung Khmum Referral Hospital di wilayah tenggara Tboung Khmum.

Negara Asia Tenggara itu setakat ini merekodkan sejumlah 251 kes COVID-19 disahkan, dengan 219 pesakit sembuh dan 32 masih dirawat di hospital, menurut kenyataan itu. – Xinhua