Kemboja larang ahli politik terkemuka miliki dua kerakyatan

PHNOM PENH, 25 OKT – Ahli Parlimen Kemboja hari ini bersetuju dengan pindaan perlembagaan kerajaan yang melarang pemimpin politik memegang dua kewarganegaraan, satu langkah yang dilihat menyasarkan pemimpin pembangkang terkenal di negara itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen meminta pihak kehakiman meneliti pindaan itu, menyatakan pindaan pada 6 Oktober itu adalah perlu bagi ‘menunjukkan kesetiaan kepada negara dan mengelak campur tangan asing.’

Tambahnya, selepas dipersetujui, tiada lagi individu yang memiliki dua kerakyatan dibenarkan memegang jawatan ter-tinggi kerajaan. – AFP

Hun Sen ketika undian parlimen bagi meminda larangan pemimpin politik memegang dua kewarganegaraan. – AFP