Kemboja larang tunggang gajah di kuil

PHNOM PENH, 15 NOV – Kemboja akan mengenakan larangan menunggang gajah di kuil terkenal negara itu, Angkor menjelang awal tahun depan, kata pegawai hari ini, satu kemenangan yang jarang berlaku bagi pendukung pemuliharaan yang sudah lama mengecam amalan itu sebagai kejam.

Kompleks arkeologi Angkor Wat di utara Siem Reap menarik sejumlah besar pelancong asing ke negara itu yang menjana pendapatan tertinggi enam juta dalam 2018—dan ramai yang memilih menunggang gajah untuk meneroka kuil kuno itu.

Namun tunggangan gajah ‘akan berakhir pada awal 2020,’ kata Long Kasal, jurucakap Pihak Berkuasa Apsara yang menguruskan kompleks itu. “Menggunakan gajah untuk perniagaan tidak lagi sesuai,” dia memberitahu AFP, menambah bahawa sebahagian haiwan itu sudah pun terlalu tua. Setakat ini, lima daripada 14 ekor gajah yang ada di kompleks itu sudah pun dipindahkan ke hutan komuniti kira-kira 40km dari kuil tersebut. “Ia akan hidup dalam habitat asalnya di sana,” kata Kosal.

Syarikat yang memiliki haiwan itu akan terus menjaganya, tambahnya.

Kemboja sudah lama menerima kecaman daripada kumpulan hak asasi kerana menawarkan gajah sebagai tunggangan untuk pelancong yang juga banyak diamalkan di negara jiran, Thailand, Vietnam dan Laos. – AFP

Gambar fail pada Mac 2007 menunjukkan pelancong menunggang seekor gajah semasa meneroka kuil terkenal, Angkor Wat di Siem Reap, Phnom Penh. Kemboja akan melarang semua tunggangan gajah di kuil itu menjelang awal tahun depan, menurut pegawai kelmarin. – AFP