Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kemboja, Maldives pilihan tepat

    KUALA LUMPUR, 31 OKT – Ketua Jurulatih skuad Malaysia, Kim Pan Gon percaya pemilihan perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Maldives akan memberi manfaat kepada persiapan Harimau Malaya menjelang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini.

    Beliau berkata selepas berbincang dengan beberapa pasukan lain dan menilai secara dalaman daripada pelbagai aspek, keputusan dibuat untuk menerima jemputan pasukan kebangsaan Kemboja dan Maldives bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

    “Kemboja adalah antara pasukan terlibat dalam Kumpulan A iaitu pemilihan pasukan sebagai pesaing dalam perlawanan persahabatan itu adalah sesuai dalam usaha kami untuk mengenal pasti penambahbaikan untuk skuad selepas berkumpul semula untuk kem kebangsaan berpusat.

    “Bagi perlawanan menentang Maldives, walaupun pasukan itu bukan dari Asia Tenggara, mereka adalah juara dua kali Piala Persekutuan Bolasepak Asia Selatan (SAFF) iaitu menang pada 2008 dan 2009, selain mempunyai corak permainan yang sama seperti pasukan Asia Tenggara yang lain,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). – Bernama

    Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon percaya pemilihan perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Maldives akan memberi manfaat kepada persiapan Harimau Malaya menjelang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...