Kemboja memperingati kekejaman genosid

PHNOM PENH, 20 Mei – Pelajar-pelajar berpakaian hitam melakonkan semula peristiwa ngeri genosid Kemboja di ‘Padang Pembunuhan’ hari ini sempena memperingati dua juta orang yang dibunuh oleh rejim Maoist, Khmer Rouge. Ratusan berkumpul di tapak terkenal di Phnom Penh untuk menandakan Day of Remembrance tahunan yang dimuatkan dengan doa-doa dan persembahan, termasuk para pelajar menggunakan raifal kayu, pisau dan buluh dalam serangan olok-olok.

“Kami melakonkan babak ini bagi memperingati rejim genosid Pol Pot dan kekejaman yang dialami rakyat Kemboja,” kata Chhaem Khleuong, seorang guru seni halus yang memegang watak kader Khmer Rough memberitahu AFP.

Suku penduduk Kemboja mati di bawah rejim Khmer Rouge Pol Pot, dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai atau mati kelaparan, buruh paksa serta diseksa.

Pemerintahan kejamnya berakhir pada tahun 1979 namun kezaliman Khmer Rouge masih lagi diingati di muzium-muzium dan tapak-tapak yang didedikasikan kepada mangsa-mangsa genosid.

Day of Remembrance atau biasa digelar ‘Hari Kemarahan’ di Kemboja telah diadakan di ‘Padang Pembunuhan’ Choeung Ek tempat kira-kira 15,000 orang dikurung dan maut antara 1975 dan 1979. – AFP

Para pelajar ketika membuat persembahan sempena memperingati ‘Day of Remembrance’ tahunan di memorial Choeung EK di Phnom Penh pada 20 Mei. – AFP