Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Kemboja musnahkan enam tan metrik dadah

PHNOM PENH, 26 JUN – Kemboja membakar lebih enam tan metrik dadah dan bahan terlarang hari ini sempena Hari Antidadah Antarabangsa, kata pegawai.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Sar Kheng membakar bahan terlarang yang dirampas itu pada satu majlis yang diadakan di Pulau Berlian di ibu negara Phnom Penh, lapor Xinhua.

“Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang,” katanya.

Kheng menambah bahawa pihak berkuasa akan memperhebat tindakan keras terhadap semua jenis jenayah dadah dan pengubahan wang haram. – Bernama

Pegawai polis berdiri berhampiran longgokan dadah semasa upacara melupuskan dadah bagi menandakan Hari Antidadah Antarabangsa.- AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -