Kemboja, Nepal jalin kerjasama

PHNOM PENH, 16 Mei – Kemboja dan Nepal berikrar akan meningkatkan kerjasama dua hala dalam perdagangan, pelaburan dan pelancongan, kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kelmarin.

Kenyataan itu dikeluarkan pada akhir lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Nepal K.P. Sharma Oli ke Kemboja.

Kenyataan itu menambah bahawa Oli mengadakan pertemuan dua hala de-ngan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen untuk mengeratkan persahabatan dan menjalinkan persefahaman bersama.

Perdana menteri itu menekankan peranan penting sektor swasta dalam pembangunan ekonomi dan menggalakkan kerjasama erat antara dewan perdagangan Kemboja dan Nepal dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi dan peluang perniagaan kedua-dua negara.

Dua perdana menteri itu juga menyaksikan penandatanganan dua dokumen perjanjian dua hala mengenai kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Lawatan Oli ke Kemboja muncul selepas Hun Sen melawat Nepal pada November 2018. – Xinhua