Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kemboja rai kepulangan barang kemas Angkor

    PHNOM PENH, 17 MAC – Pemimpin Kemboja, Hun Sen mendedahkan koleksi barang kemas mahkota Angkor yang dicuri hari ini, yang baru-baru ini dikembalikan kepada kerajaan selepas berdekad-dekad di Britain, memohon khazanah lain yang telah lama hilang diserahkan kembali.

    Mahkota-mahkota emas, rantai dan azimat itu adalah antara harta karun daripada zaman Angkor, dari abad kesembilan hingga ke-14 Masihi apabila empayar Khmer menguasai sebahagian besar Asia Tenggara.

    Kementerian Kebudayaan Kemboja mencirikan barang-barang itu, dijangka dipamerkan di muzium negara, sebagai “warisan budaya yang tidak ternilai”.

    “Saya merayu kepada muzium, institusi dan pengumpul artifak Khmer untuk terus memulangkan barangan tersebut secara sukarela ke Kemboja,” Hun Sen memberitahu majlis itu.

    “Barang-barang warisan harus dikembalikan ke negara asal,” tambahnya.

    Kementerian kebudayaan itu bulan lalu secara diam-diam menerima 77 barang kemas daripada keluarga mendiang Douglas Latchford, peniaga seni British.

    Dua arca abad ke-10 yang baru dikembalikan oleh Amerika Syarikat turut dipamerkan pada majlis itu.

    Dominic Williams, duta Britain ke Kemboja, menciap bahawa ia adalah “keistimewaan yang luar biasa untuk melihat artifak yang dicuri sebelum ini dipamerkan di rumah nenek moyangnya”. – AFP

    Gambar yang diberikan oleh Kok Ky/Kabinet Kerajaan Kemboja menunjukkan barang kemas dipamerkan semasa majlis penyerahan di Istana Keamanan, di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...