Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kemboja rasmi bangunan baharu Kementerian Pertahanan

    PHNOM PENH, 29 DIS – Kemboja hari ini merasmikan bangunan pejabat baharu Kementerian Pertahanan Negara di kawasan tengah bandar Phnom Penh.

    Bercakap semasa majlis perasmian itu, Perdana Menteri Samdech Techno Hun Sen berkata pembinaan bangunan baharu itu memberi respons kepada pembangunan pantas negara itu dan keperluan bagi tempat kerja yang memuaskan.

    “Saya ingin menyatakan rasa terima kasih saya kepada semua pemegang saham di kedua-dua sektor awam dan swasta, serta Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Vietnam kerana terlibat dalam projek ini,” katanya.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Tea Banh, pembinaan bangunan itu terletak di Boulevard Persekutuan Rusia di

    Phnom Penh bermula pada Jun 2018 dan siap diselesaikan pada Oktober 2021.

    Premis itu termasuk bangunan enam tingkat dan sebuah laman luas serta pelbagai kemudahan termasuk lokasi sidang media dan auditorium besar yang boleh menempatkan lebih 1,000 orang bagi acara nasional dan antarabangsa, menurutnya.

    Banh berkata terdapat juga helipad pada bumbung bangunan itu, yang menelan belanja sekitar AS$30 juta.

    Bangunan pejabat itu dibina oleh Syarikat China Railway Urban Constuction Group (CRUCG), yang merupakan subsidiari sepenuhnya China Railway Construction Corporation Limited (CRCC). – Xinhua

    Gambar bertarikh 29 Disember menunjukkan bangunan pejabat baharu Kementerian Pertahanan Kemboja. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...