PHNOM PENH, 20 MAC – Seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy Sungai Mekong yang jarang telah ditemui mati selepas terperangkap dalam pukat haram nelayan di timur laut Kemboja, kata Pentadbiran Perikanan dalam satu kenyataan.
Ikan lumba-lumba jantan sepanjang 2.38 meter, seberat 160 kilogram dan berusia kira-kira 20 tahun itu ditemui mati pada pagi kelmarin di Sungai Mekong di wilayah Stung Treng, menurut kenyataan itu.
“Pasukan penyelidik bersama Pentadbiran Perikanan dan Tabung Alam Sedunia (WWF) menilai punca kematian adalah jaring kerana terdapat koyakkan pada perutnya,” menurut kenyataan itu.
Ia adalah ikan lumba-lumba pertama ditemui mati pada 2023, tambahnya. – Xinhua