Kemboja siasat kehilangan aktivis Thai

PHNOM PENH, 9 JUN – Polis Kemboja hari ini mengatakan mereka akan menyiasat dakwaan kehilangan aktivis dalam buangan sendiri Thailand, menafikan sebarang pembabitan dalam apa yang didakwa kumpulan hak asasi sebagai satu penculikan.

Aktivis pro-demokrasi Wanchalearm Satsksit, pengkritik lantang kerajaan Thai, diheret masuk ke dalam kereta pada siang hari minggu lalu di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, menurut Human Rights Watch (HRW), yang memetik seorang saksi dan futej kamera keselamatan. “Saya ingin mengesahkan bahawa pihak berkuasa Kemboja dan polis tidak memberkas individu itu,” jurucakap Polis Kebangsaan, Chhay Kim Khoeun memberitahu AFP, ketika kebimbangan meningkat mengenai keselamatannya.

“Kami melancarkan siasatan ke atasnya…belum jelas lagi sama ada maklumat (kehilangannya) adalah benar.

Pengumuman itu dibuat selepas jurucakap kementerian dalam negeri Kemboja minggu lalu mengatakan bahawa laporan HRW boleh jadi ‘berita palsu.’ Bangkok turut menafikan mereka mengetahui keberadaan Wanclaearm. – AFP