Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tahan 33 ibu tumpang

    PHNOM PENH, 24 Jun – Pihak berkuasa Kemboja membuat serbuan perniagaan ibu tumpang di ibu negara yang menyalahi undang-undang dengan mendapati 33 wanita dibayar untuk melahirkan bayi kepada pasangan dari China.

    Ketua Unit Anti-Pemerdagangan Phnom Penh, Keo Thea berkata kepada wartawan, lima orang termasuk seorang warga China telah ditahan dalam operasi itu, semalam.

    “Kami berjaya menemukan 33 ibu tumpang, ada yang telah melahirkan, ada yang masih hamil,” katanya, sambil menambah bahawa wanita telah ditawarkan sehingga AS$ 10,000 untuk melahirkan bayi buat pelanggan China.

    China sebelum ini melonggarkan polisi seorang anak dua tahun lalu telah meningkatkan permintaan bagi klinik kesuburan, dengan menggangarkan 90 juta wanita menjadi layak untuk mendapatkan anak lain selepas peraturan itu dimansuhkan.

    Namun, ibu tumpang diharamkan China, memaksa orang-orang yang berkemampuan untuk mencari pilihan yang berpotensi di luar negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda