Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tetapkan gaji minimum pekerja kilang pada AS$204

    PHNOM PENH, 2 OKT – Gaji minimum pekerja kilang dalam industri pakaian, kasut dan barangan pelancongan untuk 2024 telah ditetapkan pada AS$204 sebulan, dengan kerajaan menyumbang AS$2.

    Selepas beberapa sesi rundingan, rundingan tiga pihak mencapai persetujuan semasa undian pada 28 September, dengan 46 daripada 51 undi menyokong jumlah AS$202. Lima yang selebihnya mengundi AS$213, kebanyakan mereka wakil kesatuan sekerja.

    Gaji telah meningkat daripada AS$200 yang ditetapkan pada 2023. Angka tahun lepas termasuk sumbangan AS$2 daripada Perdana Menteri Hun Sen ketika itu.

    Majlis Kebangsaan bagi Gaji Minimum berkata undian dibuat selepas 20 rundingan berasingan gagal menemui persetujuan sebulat suara. Ia berkata wakil kerajaan dan majikan telah bersetuju dengan angka AS$202 manakala kesatuan pekerja menuntut AS$213.

    Dalam mesej baru-baru ini, Perdana Menteri Hun Manet mengesahkan bahawa berdasarkan undian dan undang-undang gaji minimum kerajaan, NCMW akan menetapkan AS$202 sebagai gaji minimum 2024.

    “Saya telah mengikuti perbincangan gaji minimum dengan teliti dari awal. Peningkatan taraf hidup rakyat termasuk pekerja pakaian menjadi ke-utamaan kerajaan. Berdasarkan elaun praktikal, saya memutuskan untuk menambah AS$2 kepada keputusan undian. Oleh itu, gaji minimum 2024 baharu ialah AS$204 sebulan,” katanya. – ANN/The Phnom Penh Post

    Pekerja kilang makan tengah hari di sebuah kilang di Tuol Sangke, Phnom Penh. – ANN/The Phnom Penh Post
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda