Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tutup NGO Amerika

    PHNOM PENH, 23 Ogos – Kemboja hari ini menutup sebuah NGO Amerika yang terkenal dan me-ngarahkan kakitangan asingnya meninggalkan negara itu, tindakan terbaru Perdana Menteri Hun Sen ke atas pengkritik-pengkritik sebelum pilihan raya umum tahun depan.

    Arahan itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri itu mengancam Cambodia Daily, salah sebuah dari beberapa surat khabar kritis yang masih ada di negara itu, dengan penutupan ekoran dakwaan bil cukai AS$6.3 juta yang tidak dibayar, dengan menggelarkannya ‘pencuri’.

    Dalam satu kenyataan hari ini Kementerian Hal Ehwal Luar berkata kakitangan asing Institusi Demokratik Kebangsaan (NDI) diberi tempoh tujuh hari untuk meninggalkan negara itu selepas kumpulan itu dikatakan gagal untuk secara rasmi mendaftar atau membayar cukai betul.

    “Pihak berkuasa bersiap sedia untuk mengambil langkah sama ke atas mana-mana pertubuhan asing atau pertubuhan bukan kerajaan yang gagal mematuhi undang-undang Kemboja, tambah kenyataan itu lagi.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan beberapa buah pertubuhan yang dibiayai pihak asing termasuklah NDI telah disebut dalam media pro kerajaan Kemboja atau oleh para pegawai sebagai berdepan penyiasatan cukai atau pengawal atur.

    Para penganalisis berkata banyak kes-kes undang-undang adalah terus dari strategi politik Hun Sen yang mengepung para penentang sepanjang pemerintahan tiga abad beliau sebelum pilihan raya.

    Rakyat Kemboja dijangka mengundi dalam tempoh kurang setahun, dalam pengundian yang mungkin menjangkakan pilihan raya sengit.

    Selain dari Cambodia Daily, yang dimiliki oleh seorang warga Amerika, Radio Free Asia yang dibiayai AS dan Voice of America juga telah menjadi sasaran undang-undang.

    Kesemuanya menafikan salah laku dan berkata mereka dipilih kerana laporan bebas mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda