Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kemboja, UNICEF percepat usaha basmi pembantutan kanak-kanak

    PHNOM PENH, 18 OKT – Pegawai-pegawai kerajaan Kemboja dan rakan-rakan pembangunan berkumpul pada satu bengkel peringkat tinggi hari ini, berikrar untuk mempercepatkan usaha-usaha bagi menamatkan pembantutan kanak-kanak di negara Asia Tenggara itu, meurut satu kenyataan bersama.

    Kanak-kanak yang mengalami pembantutan, atau dikenali sebagai malnutrisi akut, 11 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mati berbanding kanak-kanak yang cukup khasiat, dan mereka yang selamat kerap mengalami akibat yang berpanjangan.

    Di sebalik kemajuan dalam mengurangkan pembantutan sejak 2014, pembantutan kanak-kanak tidak bertambah baik dan kekal pada 10 peratus, menurut kenyataan itu lagi
    sambil menambah bahawa matlamat kerajaan itu adalah untuk mengurangkan separuh pembantutan kanak-kanak menjelang 2025.

    Kenyataan itu menyatakan bahawa untuk mencapai sasaran itu, tambahan AS$17.2 juta diperlukan.

    Bercakap semasa bengkel itu, timbalan perdana menteri dan pengerusi Majlis Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Yim Chhay Ly berikrar untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengerahkan semua sumber bagi mencapai matlamat itu.

    Pemangku perwakilan Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Kemboja, Anirban Chatterjee berkata, hak kepada kesihatan dan pembangunan adalah hak paling asas kanak-kanak.

    “Cabaran dalam tahun-tahun kebelakangan, daripada pandemik hingga gangguan sistem makanan global mengancam hak ini,” ujarnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...