Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kemelesetan global dijangka pada pertengahan 2023

    ANKARA, 11 OKT  – CEO JPMorgan, Chase Jamie Dimon kelmarin berkata kemelesetan ekonomi global dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangkakan berlaku pada pertengahan 2023, lapor Anadolu.

    Inflasi semakin meningkat di AS dan dunia, kadar faedah meningkat lebih daripada jangkaan dan konflik Rusia-Ukraine dianggap sebagai faktor “sangat serius” yang boleh menyebabkan kemelesetan, menurut ketua bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS itu.

    “Ini sangat serius, saya jangka akan menolak AS dan dunia – Eropah sudah pun mengalami kemelesetan dan ini dijangka meletakkan AS dalam kemelesetan untuk tempoh enam ke sembilan bulan dari sekarang,” kata Dimon kepada CNBC.

    Rizab Persekutaun AS, antara kebanyakan bank-bank pusat utama di dunia telah menaikkan kadar-kadar faedah secara agresif untuk menangani inflasi yang kini membelenggu banyak negara pada tahap tertinggi dalam beberapa dekad.

    Dimon berkata Fed “menunggu terlalu lama tapi tidak banyak yang dilakukan” menyebabkan inflasi di AS meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 40 tahun. Walaupun Fed dan Pengerusinya Jerome Powell pada akhir 2021 berulang kali mengatakan bahawa inflasi bersifat “sementara”, ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) segera beralih daripada pendirian kadar faedah rendah kepada sikap agresif apabila konflik di Ukraine meningkatkan harga tenaga dan makanan serta tekanan inflasi. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...