Kemenangan Blues nobat Liverpool juara

LONDON, 26 JUN – Penguasaan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City berakhir semalam sekali gus menobatkan Liverpool sebagai juara bagi musim ini setelah Chelsea meningkatkan peluang mereka untuk berada di kedudukan empat teratas liga dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Pep Guardiola.

Kecuaian daripada permain pertahanan City telah mengakhiri cabaran mereka untuk mempertahankan gelaran City ketika Christian Pulisic membolosi pertahanan City melepasi Benjamin Mendy untuk membuka jaringan awal.

Sepakan percuma oleh Kevin De Bruyne kembali menyamakan kedudukan, tetapi penantian Liverpool selama 30 tahun untuk memenangi gelaran liga berakhir ketika Fernandinho dilayangkan kad merah kerana mengeluarkan bola menggunakan tangannya dari garisan gol dan Willian berjaya menjaringkan sepakan penalti tersebut 12 minit sebelum tamat perlawanan.

Tiga mata penuh untuk pasukan Frank Lampard menggerakkan mereka satu mata dari tempat ketiga Leicester dan membuka kelebihan jurang lima mata ke atas Manchester United dan Wolves dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Walau bagaimanapun City masih menunggu keputusan larangan mereka bersaing di Eropah selama dua musim, tetapi masih memiliki peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara untuk pertama kalinya apabila pertandingan itu disambung pada bulan Ogos ini. Namun, Guardiola memberi peringatan kepada pemain pertahanan pasukannya perlu meningkatkan prestasi terbaik mereka untuk kejohanan Eropah.

Kesilapan pertahanan City menghadiahkan Pulisic dengan jaringan gol pembukaan.

City berusaha memastikan Liverpool untuk terus menunggu mendapatkan gelaran mereka ketika mereka akan berdepan menentang The Reds di Etihad minggu depan.

Chelsea hampir saja menghadapi kekecewaan sejurus selepas membiarkan De Bruyne menjaringkan gol penyamaan dan memberi peringatan kepada the Blues. – AFP

Pengadil Stuart Atwell ketika melayangkan kad merah kepada Fernandinho semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Manchester City di Stadium Stamford Bridge, di London, semalam. – AP