‘Kemenangan demokrasi’

ISTANBUL, 24 JUN – Pembangkang Turki berpesta hari ini dalam kemenangan besar pilihan raya datuk bandar Istanbul, satu tamparan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan yang digelar oleh beberapa media prokerajaan sebagai satu kemenangan untuk demokrasi.

Ekrem Imamoglu, datuk bandar daerah yang tidak terkenal pada awal tahun, memenangi pilihan raya dengan lebih 777,000 undi, meningkat daripada 13,000 dalam pilihan raya pertama pada Mac, yang dibatalkan disebabkan dakwaan penipuan.

Ia adalah peluang luar biasa untuk pembangkang meraikan kemenangan selepas 25 tahun diperintah oleh konservatif Islam di Istanbul. Ia juga memberikan tamparan hebat kepada Erdogan, yang telah berkuasa sejak 2003.

Menurut keputusan tidak rasmi sehingga 8 malam waktu tempatan, daripada 99.37 peratus kotak undi yang telah dibuka, Imamoglu memperoleh 54.03 peratus undian, manakala pencabarnya Binali Yildirim dari Parti Keadilan dan

Pembangunan mendapat 45.04 peratus undi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ekrem Imamoglu kerana memenangi pilihan raya itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi,” tulis Erdogan di Twitternya. – AFP/Bernama

Penyokong Ekrem Imamoglu, calon pembangkang Parti Republikan Rakyat meraikan kemenangan pilihan raya di Istanbul, 23 Jun. – AP