Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kemenangan ini hanya permulaan – Klopp

    LONDON, 1 MAC – Jurgen Klopp mencabar Liverpool untuk mengejar empat kejuaraan bersejarah selepas Reds menang final Piala Liga menentang Chelsea awal semalam.

    Skuad Klopp meraih trofi pertama daripada empat trofi utama masih boleh diraih mereka musim ini apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga menyepak tinggi pada penentuan penalti.

    Selepas gagal menang sebarang trofi musim lalu, Klopp percaya pemainnya boleh menggunakan rentak baik mereka di Wembley untuk menjadi kelab England pertama meraih semua gelaran.

    Skuad Reds kini enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City dengan kurang satu perlawanan, mempunyai kelebihan 2-0 pada aksi kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan dan akan menanti kehadiran Norwich pada pusingan kelima Piala FA Rabu ini.

    Liverpool belasah Leeds, rapatkan kedudukan dengan City.

    “Ini adalah permulaan. Kami bukan gila. Awda perlukan tuah. Kami perlu bersaing, kerja keras dan kami sekali lagi akan bermain pada Rabu, yang sehingga kini saya masih tidak percaya,” kata Klopp.

    “Anfield akan bergegar disebabkan keputusan ini dan saya harap kami boleh menyajikan perlawanan yang menggembirakan.

    “Kami tidak gementar apabila ia tidak berlaku dengan baik. Kini kami lebih berpengalaman.

    “Ia sesuatu yang besar buat kami. Pertama kali buat kumpulan pemain ini. Suasana sangat menakjubkan. Sesuatu yang bagus untuk meraikannya bersama orang ramai selepas perlawanan.” – AFP

    Jurgen Klopp memegang lingkaran bunga dalam warna bendera Ukraine sebelum bermulanya perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley di London pada 27 Februari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...