LEICESTER, 16 MEI – Liverpool menjerumuskan Leicester lebih hampir kepada zon penyingkiran dan mengekalkan peluang mereka untuk menamatkan saingan di kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0, semalam.
Curtis Jones menjadi penjaring yang tidak disangka selepas menyumbat dua gol pertama sebelum Trent Alexander-Arnold melakukan sepakan percuma tidak langsung ke penjuru atas untuk menamatkan perlawanan yang tidak seimbang di Stadium King Power antara pasukan menuju ke arah bertentangan.
Bagi Liverpool, kemenangan ketujuh berturut-turut dalam rali akhir musim yang mengagumkan memastikan sekurang-kurangnya tempat dalam Liga Europa dan merapatkan mata pasukan di tangga kelima dengan perbezaan satu mata di belakang Newcastle dan Manchester United dalam perlumbaan untuk merebut kelayakan Liga Juara-Juara. – AP
