Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan PSG dibayangi kontroversi

    PARIS, 7 Mei – Gol penuh kontroversi Marco Verrati telah membantu Paris Saint-Germain untuk memperoleh kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan tercorot, Bastia kelmarin ketika juara bertahan itu mengekalkan tekanan mereka ke atas pendahulu Ligue 1, Monaco.

    Edinson Cavani menemui sasaran sebanyak dua kali dan juga menyaksikan penaltinya diselamatkan, manakala Lucas dan Marquinhos menambah jaringan bagi PSG di Parc des Princes.

    Kemenangan itu membolehkan pasukan Unai Emery kekal tiga mata di belakang Monaco, namun Monaco mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding PSG, malah mempunyai kelebihan jaringan yang besar.

    Monaco yang menang 3-0 ke atas Nancy kini hanya memerlukan dua kemenangan dalam empat baki perlawanna mereka untuk menjadi juara buat pertama kali sejak 2000.

    PSG masih berharap untuk memenangi gelaran kelima berturut-turut tetapi kemenangan mereka itu dibayangi dengan insiden yang menyaksikan Verratti memberikan mereka kelebihan dua gol di depan pada separuh masa pertama.

    Dengan Blaise Matuidi berbating dalam kawasan Bastia dan bola dilihat terkeluar bagi lontaran, penjaga gol pasukan pelawat, Jean-Louis Leca pergi untuk memeriksa keadaan pemain tengah PSG itu.

    Bagaimanapun, pasukan tuan rumah melakukan lontaran ke dalam dengan segera dan Verrati merembat kencang ke gawang dari tepi kawasan, menjadi kedudukan 2-0 sebelum separuh masa.

    Penjaga gol itu kemudian berlari ke arah pengadil bagi membuat bantahan, namun dilayangkan kad kuning kerana aduannya itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda