Kemenangan terhadap Venus bantu tingkatkan keyakinan Serena

WASHINGTON, 14 OGOS – Serena Williams kembali bangkit untuk menewaskan adiknya Venus Williams 3-6, 6-3, 6-4 kelmarin dalam pusingan kedua perlawanan kejohanan Grand Slam di Terbuka Pilihan Utama WTA.

Pemain pilihan utama Serena, pemenang Grand Slam 23 kali, berkata kejayaan tersebut telah meningkatkan keyakinannya menjelang Terbuka AS ketika dia memperbaiki keputusan kepada 19-21 dalam persaingan menentang Venus.

“Saya mahu memenanginya untuk perlawanan saya dan untuk keyakinan saya,” kata Serena, yang mencatat satu-satunya kejuaraan selepas bergelar seorang ibu pada bulan Januari di Auckland.

“Secara terus-terang, saya tidak turun beraksi untuk memenangi (kejuaraan) buat kali pertama dalam karier saya. Saya ke sini untuk bermain beberapa perlawanan. Saya tidak mempunyai banyak masa semenjak saya mempunyai seorang anak kecil”.

Pemain rangking ke-9, Serena hanya memerlukan satu perlawanan untuk menyamai rekod terbaik sepanjang zaman yang dicatat oleh Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam dan dia sedang membuat persediaan untuk mengejar gelaran ke-7 kejuaraan Terbuka AS perseorangan di Flushing Meadows.

Aksi Serena Williams ketika menentang adiknya, Venus di perlawanan Kejohanan Grand Slam di Terbuka Pilihan Utama WTA.- AP

Pukulan depan Serena memberikan kemenangan ke atas Venus untuk mendahului 2-1 dalam tiga set perlawanan, kemudian ketinggalan dalam empat perlawanan seterusnya, hanya kembali bangkit dalam set ke-7 dengan pukulan depan, kemudian seri lagi pada 4-4.

Serena membuat pukulan kilas untuk menewaskan Venus untuk mendahului 5-4 dan pukulan servis yang terkeluar, dibantu oleh keputusan pengadil yang membatalkan servis cemerlang untuk mencapai 30-30.

Serena yang berjaya melaku servis cemerlang ke-14 dan memenangi perlawanan selepas dua jam dan 19 minit beraksi menentang Venus selepas pukulan Venus melepasi garisan.

“Dalam beberapa pusingan saya hanya mahu memenanginya kerana saya sering kalah dalam set yang sengit,” kata Serena.

“Saya cuba memberikan fokus dalam dua pusingan terakhir.”- AFP