PARIS, 17 Okt – Maria Sharapova (gambar) melonjak naik dalam ranking dunia wanita susulan kemenangannya di Tianjin hujung minggu lalu, naik 29 anak tangga ke kedudukan 57 dalam senarai terbaru WTA.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 30 tahun itu menang 7-5, 7-6 (10/8) ke atas pemain remaja Aryna Sabalenka dari Belarus untuk meraih gelaran pertamanya sejak penggantungan doping selama 15 bulan.
Sharapova akan berharap kemenangan itu menjadi pendorong minggu ini di Moscow selepas diberikan satu wildcard bagi Piala Kremlin.
Sepuluh kedudukan teratas tidak berubah, dengan Simona Halep dari Romanis berada di puncak di depan Garbine Muguruza dari Sepanyol.
Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia naik tiga anak tangga ke kedudukan 18 selepas menewaskan Daria Gavrilova di final Terbuka Hong Kong hujung minggu lalu.
Barbora Strycova dari Czech, memenangi gelaran Jelajah WTA keduanya di Linz, melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-25. – AFP