Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kemenangan Warriors diraikan gilang-gemilang

    SAN FRANCISCO, 21 JUN – Puluhan ribu penyokong membanjiri jalan di San Francisco kelmarin untuk meraikan kemenangan bersama pasukan Golden State Warriors selepas mereka berjaya merangkul kejohanan NBA buat kali keempat dalam masa lapan musim dengan perarakan bas bumbung terbuka.

    Semasa perarakan tersebut menyaksikan konfeti berwarna biru dan emas mewarnai sepanjang jalan di San Francisco ketika bas bumbung terbuka membawa pemain-pemain Warriors dan kakitangan pasukan melalui laluan perarakan sejauh 1.4 batu.

    Pasukan Warriors berjaya merangkul gelaran NBA ketujuh selepas me-newaskan Boston Celtics dalam pertemuan akhir di perlawanan keenam untuk meraih kemenangan dengan keputusan 4-2.

    Kemenangan tersebut melengkapkan kejayaan yang melonjakkan mereka ke puncak sukan bola keranjang hanya dalam dua tahun selepas Warriors menamatkan musim 2019 dan 2020 dengan rekod terburuk mereka dalam sukan tersebut.

    Pemain utama Warriors, Stephen Curry memakai rantai emas yang mengandungi koleksi cincin kejohanan NBA, mengetuai perayaan sambil bersorak atas kemenangan mereka.

    Stephen Curry (kiri) dan Damion Lee (kanan) semasa meraikan kemenangan mereka dari bumbung terbuka bas dalam perarakan di sepanjang jalan San Francisco sambil menjulang trofi kemenangan. – AFP

    Curry mengongsikan bahawa pasukannya menerima dorongan untuk kembali menjadi juara selepas kekalahan yang mengecewakan pada perlawanan akhir NBA 2019.

    “Saya mungkin bercakap kosong jika kami tahu akan menjadi juara kerana meraih kemenangan itu adalah hasil daripada kerja keras tetapi kadang-kadang awda harus merealisasikannya,” kata Curry.

    Bintang pertahanan Warriors, Draymond Green memberikan peng-hargaan kepada pemain Warriors yang lain dan kakitangan pasukan yang berjaya menjadikan kemenangan tersebut jadi kenyataan.

    “Perjalanan tahun ini adalah yang terbaik,” kata Green. “Saya telah beritahu awda, tiada siapa yang dapat halang kami untuk memenangi kejohanan ini.

    “Saya sangat sayangkan pasukan ini, dan apabila saya cakap pasukan, maksud saya ialah seluruh pasukan,” katanya lagi.

    Sementara itu, jurulatih mereka, Steve Kerr mendedahkan bahawa dia dibanjiri dengan pesanan mengucapkan tahniah daripada rakan jurulatih NBA seperti Gregg Popovich hingga bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...