Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kementerian Kesihatan pantau situasi cacar monyet

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 23 MEI – Dengan peningkatan jangkitan kes cacar monyet yang dilaporkan di beberapa buah negara pada ketika ini, pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi isu-isu jangkitan di negara ini dari semasa ke semasa.

    Dalam pada itu, segala persiapan langkah berjaga-jaga tetap dilaksanakan termasuklah dari segi pengesanan jangkitan melalui ujian-ujian makmal dan memastikan bekalan ubat-ubatan yang diperlukan tersedia sekiranya sebarang jangkitan dikesan di negara ini.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman semasa sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei
    Darussalam yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Terdahulu, Dr Hajah Anie Haryani menjelaskan cacar monyet ini merupakan sejenis virus di kalangan haiwan yang boleh berpindah masuk ke tubuh manusia. Pada kebiasaannya, jangkitan terjadi di kawasan-kawasan yang dikesan sebagai Endemik Cacar Monyet seperti di wilayah-wilayah Afrika, selain berkaitan dengan perbuatan manusia yang memakan daging haiwan-haiwan yang dijangkiti virus tersebut sehingga mengakibatkan menerima jangkitan berkenaan.

    Jelasnya, apa yang menjadi keadaan pada masa ini yang di luar dari kebiasaannya di mana setakat ini didapati lebih 100 kes cacar monyet sudah dikenalpasti di kebanyakan kawasan di Eropah dan Amerika Utara tetapi tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke Afrika.

    “Walau bagaimanapun, cacar monyet ini dalam istilah perubatan merupakan virus self-limiting dan yang boleh sembuh dengan sendirinya. Jika jangkitan ini berlaku dalam kalangan manusia mahu pun haiwan, ia seperti terkena jangkitan cacar biasa iaitu mengalami bintik-bintik berair dengan kesan-kesan sampingan antaranya demam dan sakit badan namun ia boleh sembuh dengan sendirinya,” tambahnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...