Kementerian Kesihatan Rusia lulus ubat COVID-19

MOSCOW, 1 JUN – Kementerian Kesihatan Rusia meluluskan ubat Avifavir untuk merawat pesakit COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Ubat ini dihasilkan oleh Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) dan ChemRar, sebuah kumpulan pelaburan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) farmasi Rusia. “Avifavir bukan hanya ubat antivirus pertama berdaftar di Rusia, tetapi mungkin juga penawar COVID-19 yang boleh memberi kesan baik,” kata CEO RDIF Kirill Dmitriev.

Fasa akhir ujian klinikal Avifavir melibatkan 330 pesakit, diluluskan Kementerian Kesihatan awal bulan ini dan ujian masih berjalan.

Avifavir, ubat antivirus Rusia yang pertama terbukti berkesan dalam ujian klinikal, digunakan di Jepun sejak 2014 untuk merawat influenza.

Data terbaharu Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 396,000 kes COVID-19 dilaporkan di Rusia dengan 4,555 kematian. – Bernama