Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan semarakkan sambutan Israk Mikraj

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Israk dan Mikraj dengan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Mohd Ismail, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Majlis anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan itu dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran, dari Surah Al-Mu’minun (Ayat 1 hingga Ayat 11) oleh johan qari peringkat antarabangsa Negara Brunei Darussalam, Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.

    Kemudian, majlis diikuti dengan ceramah khas bertajuk Prayers Beyond The Motions yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Siti Hanisah binti Haji Othman.

    Majlis ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Guru Agama Terlatih, Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Mohd Emmarul bin Haji Azamain.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa menghadiri majlis tersebut, kelmarin.- GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda