Kementerian Kesihatan terus dapat sokongan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan serta sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat, pihak syarikat swasta dan individu tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa kementerian berkenaan telah menerima sumbangan cek berjumlah $3,000 daripada Hamba Allah dan cek berjumlah $5,000 daripada Pertubuhan Wargamas bagi Tabung Bantuan COVID-19 2021.

Di samping itu, Kementerian Kesihatan turut menyatakan bahawa sumbangan daripada tujuh penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang perbadi telah diterima pada 2 Oktober lalu.

Penderma-penderma berkenaan ialah Haji Bulat (HB Family) yang menyumbangkan air minum, beras wangi, minyak masak, mi segera dan gula; Milimewah Department Store Sdn Bhd, Jaya Hypermart Sdn Bhd, Utama Grand Superstore Sdn Bhd dan M-Porium Jaya Department Sdn Bhd menyumbangkan biskut, air minum, pen, pensil, pen marker, kertas A4, tong sampah, papan putih, gunting, gam, milo, kopi, mi segera dan gula; Tiens Brunei menyumbangkan pelitup muka; Simpor Pharma Sdn Bhd menyumbangkan pek yang mengandungi vitamin C, sanitiser tangan, tisu dan set sanitiser tandas; Jafariya Supermarket, Sengkurong menyumbangkan milo dan biskut; Haji Abu Bakar dan Anak-anak menyumbangkan keropok, minuman kotak, coklat dan roti serta MOTOHEADMG menyumbangkan air minum dan mi segera.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa orang ramai yang ingin untuk membuat sebarang sumbangan, mereka boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Sumbangan daripada Milimewah Department Store, Jaya Hypermart, Utama Grand Superstore dan M-Porium Jaya Department.
Pertubuhan Wargamas menyampaikan cek sumbangan bernilai $5,000.
Sumbangan daripada MOTOHEADMG.