Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi rai awal tahun hijrah

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Izah Azahari

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga tidak ketinggalan meraikan awal tahun Hijrah 1440 dengan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, di sini, hari ini.

    Hadir pada majlis yang diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja itu ialah Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan menteri kewangan, Dato Seri Paduka Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Dato Seri Paduka Ahmaddin dan Dr Haji Abdul Manaf bersama warga Kementerian Kewangan dan Ekonomi hadir pada majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440 kementerian tersebut, kelmarin.
    Awang Abdul Rahman ketika menyampaikan ceramah khas ‘Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara’.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Pemangku Pegawai Kastam dan Eksais Diraja, Haji Muhsin bin Haji Ahmad.

    Seterusnya majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei.

    Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan kementerian yang bertujuan unutk memperingati dan membesarkan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440 di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda