Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kewangan semarak bulan Syawal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kementerian Kewangan juga tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Syawal ini dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah berlangsung di Lobi Utama Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, semalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis berkenaan juga telah diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada 33 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara di antara Julai 2016 hingga Jun 2017.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada para pesara berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping memberi peluang untuk beramah mesra serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda