Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pembangunan anjur Majlis tahlil

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Pembangunan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Kementerian Pembangunan, kelmarin, telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin bagi bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Surau Kementerian Pembangunan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan, di sini, hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Zuhur berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Muhd Azrol Alim bin Haji Zaini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi dan Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda