Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pembangunan sambut awal tahun Hijrah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Kementerian Pembangunan, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, kementerian berkenaan yang juga diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji warga kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Ukur itu telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Awang Muhammad Yusrin bin Daud dari Jabatan Ukur diikuti dengan ceramah khas awal tahun Hijrah bertemakan ‘Kepimpinan Adil Teras Kesejahteraan’ yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Bidang Hadith, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

    Majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan bersalaman dengan para jemaah haji.

    Tetamu kehormat ketika hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda