Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kementerian Pendidikan anjur kejohanan bola sepak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (BDSFL) 2023 bagi para pelajar dari sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan swasta.

    Kejohanan ini berlangsung pada setiap Rabu mulai 24 Mei hingga 9 Ogos di tiga lokasi iaitu Padang Rumput FABD serta Padang Rumput Tiruan FABD yang terletak di Jalan Pusat Persidangan Berakas dan Padang Kompleks Sukan Tutong yang disertai oleh pasukan-pasukan dari 24 buah sekolah.

    Kejohanan dijalankan mengikut format liga dibahagikan kepada lapan kumpulan yang berakhir dengan pusingan playoff. Juara setiap kumpulan akan layak untuk bermain di BDSFL Super League 2024 manakala pasukan yang lain akan bermain di BDSFL Premier Cup 2024.

    Di samping mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang sukan bola sepak, kejohanan ini juga diharapkan menyokong Program Pembangunan Berdaya Tahan (SDG) dalam memastikan kehidupan yang sihat.

    Selain itu ia diharap dapat meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam serta nilai-nilai murni melalui sukan bola sepak seperti budaya kehidupan sihat dan cergas, berdisiplin, berdaya tahan, kepimpinan dan semangat berpasukan.

    Dalam dua perlawanan kelmarin, pasukan Sekolah Menengah Muda Hashim telah berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Menengah Sayyidina Husain dengan jaringan 0-8 pada perlawanan yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong.

    Manakala pasukan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam telah berjaya menumpaskan pasukan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja dengan jaringan 0-2 pada perlawanan yang berlangsung di Padang FABD (B).

    Aksi perlawanan antara pasukan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.
    ATAS & BAWAH : Antara aksi perlawanan yang berlangsung antara pasukan Sekolah Menengah Sayyidina Husain dan Sekolah Menengah Muda Hashim bertempat di Padang Kompleks Sukan Tutong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...