Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Kementerian Pendidikan terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Kementerian Pendidikan terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dalam sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, dengan beberapa penderma telah menyampaikan sumbangan berupa bekalan perubatan pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Sumbangan daripada Progresif Cellular Sdn Bhd, Hengyi Industries Sdn Bhd dan orang perseorangan itu telah diterima oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman yang turut menyampaikan sijil penghargaan.

    Pada majlis berkenaan, Progresif Cellular Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak 120 botol pensanitasi tangan, 320 botol semburan alkohol pembasmi kuman, 3,000 keping penutup mulut dan hidung serta 3,200 keping alcohol wipes yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Cellular, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

    Seterusnya, Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd menyumbangkan penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan alat pemeriksa suhu badan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Chen Lian Cai.

    Sumbangan turut diterima daripada orang perseorangan iaitu berupa 3,000 botol pensanitasi tangan yang disampaikan oleh Ganasan Subramaniam. Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, Progresif Cellular Sdn Bhd dan Hengyi Industries Sdn Bhd.

    Dalam usaha membedung penularan wabak COVID-19, pelbagai pihak terus menghulurkan sumbangan kepada Kementerian Pendidikan dalam bentuk bekalan perubatan pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ganasan Subramaniam.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan menerima sumbangan dari Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...