Kementerian pendidikan terus terima sumbangan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Kementerian Pendidikan, hari ini, telah menerima sumba- ngan berupa komputer daripada Sprintville Technologies Sdn Bhd dan cecair pensanitasi tangan daripada Petronas Carigali Brunei Ltd pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan 1, kementerian tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, sumbangan daripada kedua-dua pihak itu telah diterima oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman yang turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kancahanwati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang serta pegawai-pegawai kanan daripada Sprintville Technologies Sdn Bhd dan Petronas Carigali Brunei Ltd.

Pada majlis itu, Sprintville Technologies Sdn Bhd telah menyampaikan sebanyak 50 unit komputer riba yang disampaikan oleh pengarah syarikat berkenaan, Vincent Chok. Manakala itu, Petronas Carigali Brunei Ltd menyampaikan sumbangan berupa 1,000 botol cecair pensanitasi tangan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Dayang Nur Khairunnisa binti M Jasni.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan menerima sumbangan dari Syarikat Petronas Carigali Brunei Ltd.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan menerima sumbangan dari Syarikat Sprintville Technologies Sdn Bhd.