Kementerian Pertahanan, ABDB anjur kempen derma darah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Dalam usaha memastikan ketersediaan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengendalikan kempen derma darah di Dewan Gerak Badan Berakas Garison, hari ini.

Seramai 83 orang warga Kementerian Pertahanan dan ABDB hadir untuk menderma darah bagi menyokong misi Pusat Pendermaan Darah di mana langkah berjaga-jaga menurut garis panduan dari Pusat Pendermaan Darah Brunei telah dipraktikkan.

Antara yang dipraktikkan pada kempen itu termasuklah mengehadkan jumlah keramaian penderma dalam dewan pada masa yang sama, penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu bahan sebelum masuk ke dewan dengan bantuan khidmat perubatan dan kesihatan.

Selain itu, kempen juga bertujuan untuk mengukuh-kan lagi nilai saling bantu-membantu dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB dengan membantu bagi yang memerlukan dan juga pihak kerajaan serta masyarakat dalam menangani COVID-19.

Kementerian Pertahanan juga akan mengadakan kempen serupa di Bolkiah Garison dan Penanjong Garison esok dan 24 April.

Antara yang hadir bagi menyertai kempen derma darah tersebut. – Gambar oleh Kementerian Pertahanan