Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kemeriahan suasana Hari Raya di Istana Nurul Iman

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Buat pertama kali sejak penularan wabak COVID-19, Istana Nurul Iman telah membukakan pintunya untuk orang-orang kenamaan dan diplomat asing di negara ini bagi Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri dengan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

    Media Permata berpeluang menemu bual beberapa wakil diplomat asing ke Negara Brunei Darussalam yang masing-masing merafakkan rasa syukur dan sangat gembira kerana dapat merayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah berkata, kunjungan bersama isteri ke Istana Nurul Iman adalah yang pertama kali di mana peluang tersebut dimanfaatkan untuk mengadap dan menjunjung ziarah serta menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kehadapan majlis Baginda sekeluarga.

    Beliau turut menyentuh mengenai suasana Hari Raya di Istana Nurul Iman, yang menurutnya agak berbeza dengan norma baharu dan meriah.

    Sementara itu, Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei, Caryn Roberta McClelland melahirkan rasa teruja dan gembira kerana dapat melihat suasana serta keindahan Istana Nurul Iman, di samping dapat menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain.

    TYT Dato Raja Reza bersama isteri berpeluang ke Istana Nurul Iman untuk mengadap dan menjunjung ziarah serta menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kehadapan majlis Baginda Sultan sekeluarga.
    PYT Caryn Roberta McClelland semasa mengunjungi Istana Nurul Iman bagi Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri.

    Kunjungan sempena Hari Raya tersebut, jelasnya, merupakan satu kunjungan yang sangat bermakna dan satu pengalaman luar biasa kerana ia adalah kunjungan kali pertama beliau ke Istana Nurul Iman.

    Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, PYT Nahida Rahman Shumona turut melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan Sambutan Hari Raya dalam norma yang baharu dan dalam norma ini, beberapa sekatan telah dapat diperluaskan untuk meraikan Sambutan Hari Raya pada tahun ini.

    Manakala itu, bakal Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Luke Arnold juga merasa amat berbesar hati dan bersyukur

    kerana diberikan peluang untuk berhari raya walaupun dalam suasana dan keadaan wabak COVID-19 masih dialami di Negara Brunei Darussalam bahkan negara-negara lain juga sama malah ada negara yang mengalami lebih daripada negara ini.

    “Melihat dari segi tradisi, Brunei memang mempunyai tradisi yang sangat unik dan perlu dipertahankan untuk selama-lamanya agar ia sentiasa terpelihara. Ini merupakan kali pertama menerima jemputan untuk mengunjungi Istana Nurul Iman, dan ia cantik dan sukar untuk diungkap melalui kata-kata,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...