Monday, January 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemeriahan suasana Hari Raya di Istana Nurul Iman

    Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

    Gambar Muiz Matdani & Infofoto

     

    LEBIH 100,000 pengunjung dari berbilang kaum tidak melepaskan peluang berkunjung ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman yang di buka selama tiga hari untuk kunjungan orang ramai, baru-baru ini.

    Tradisi Majlis Terbuka Istana Nurul Iman setiap tahun ini pastinya di nantikan dan memberi kenangan serta pengalaman berharga buat pengunjung untuk berjunjung ziarah dan menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pemimpin negara yang berjiwa rakyat.

    Majlis Terbuka Istana Nurul Iman bukan sahaja memberikan peluang untuk menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat Diraja malah ia juga memberi pengalaman berharga bersalaman dengan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri dengan lebih dekat lagi.

    Sepanjang tiga hari Istana Nurul Iman dibukakan untuk kunjungan orang ramai, walaupun cuaca panas ia tidak menjejaskan keterujaan orang ramai yang berbaris panjang dengan penuh sabar untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri sempena Hari Raya ini.

    Hidangan tetamu

    Tetamu yang datang berkunjung ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman juga dihidangkan dengan pelbagai hidangan daripada hidangan utama hinggalah ke kuih muih dan biskut.

    Keriangan terpancar khususnya kanak-kanak apabila berpeluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Suasana seperti ini menambahkan lagi kemeriahan di mana tetamu juga di beri layanan istimewa sebelum berjunjung ziarah kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di ruang lain istana.

    Warga Emas

    Seperti lazimnya, pastinya majlis terbuka istana ini juga tidak ketinggalan mendapat tetamu yang terdiri daripada golongan warga emas.

    Golongan ini turut mendapat layanan istimewa di mana mereka diberikan ruang khas untuk menikmati hidangan yang dihidangkan sebelum berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

    Hajah Maimunah binti Haji Tunjang, 81, semasa ditemui media menjelaskan, kunjungan ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman ini merupakan pengalaman ketiga beliau di mana kali pertama berkunjung pada tahun 2016.

    Beliau melahirkan perasaan gembira kerana sekali lagi berpeluang berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan berharap akan berpeluang lagi pada tahun hadapan.

    Golongan kanak-kanak

    Manakala golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali yang turut sama teruja untuk berjunjung ziarah bersama Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja.

    Keterujaan golongan ini jelas di lihat apabila mereka berkunjung dengan adik-beradik mereka lainnya dan sanak saudara dan keluarganya.

    Apa yang lebih menarik lagi ialah golongan kanak-kanak riang dan teruja setiap kali berkunjung ke Istana Nurul Iman apatah lagi kanak-kanak ini diberikan sampul Hari Raya yang sering kali menjadi tarikan kanak-kanak apabila berkunjung.

    Sebaik sahaja para pengunjung tiba ke pintu masuk Istana Nurul Iman, mereka diberikan kupon bagi membolehkan mereka mendapatkan cenderamata kenang-kenangan sempena kunjungan ke istana terbuka.

    Cenderamata kenang-kenangan

    Para pengunjung-pengunjung yang membanjiri Istana Nurul Iman sepanjang tiga hari itu, tidak mengira usia dan bangsa sememangnya tidak ingin melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja.

    Pada masa yang sama juga, sebaik sahaja para pengunjung tiba ke pintu masuk Istana Nurul Iman, mereka diberikan kupon bagi membolehkan mereka mendapatkan cenderamata kenang-kenangan sempena kunjungan ke istana terbuka.

    Cenderamata kenang-kenangan ini sering kali menjadi rebutan orang ramai kerana ia merupakan cenderamata khas yang diberikan oleh Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja bagi mereka yang berkunjung ke Istana Nurul Iman.

    Kotak cenderamata kenang-kenangan ini sering kali berwarna kuning yang diisikan dengan kuih-muih buatan Istana Nurul Iman.

    Kad Hari Raya Baginda Sultan

    Di samping itu juga, para pengunjung-pengunjung turut diberikan kad Hari Raya kenangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Para pengunjung-pengunjung ini jelas merasa gembira dan bersyukur apabila pulang ke rumah mereka tanpa tangan yang kosong malah diisikan dengan pelbagai kenangan-kenangan manis daripada Majlis Junjung Ziarah itu.

    Majlis Terbuka Istana Nurul Iman diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat pula dikhaskan untuk kunjungan orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda