Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemeriahan Temasya Sukan SM Chung Hua

    Oleh  Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 19 April – Berbagai acara sukan telah diadakan bagi memeriahkan Temasya Sukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait, yang merupakan aktiviti sukan tahunan dan pada tahun ini ia diadakan bagi kali ke-11, temasya sukan itu berlangsung di Kompleks Sukan Maktab Anthony Abell di sini.

    Penyertaan bagi temasya sukan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan lelaki dan perempuan dan kumpulan terbuka, antaranya Kumpulan A bagi pelajar berusia 11 tahun ke bawah, Kumpulan B pula bagi pelajar berusia 12 hingga 14 tahun dan Kumpulan C bagi pelajar yang berusia 15 tahun ke atas, dan setiap kumpulan mewakili warna-warna rumah Biru, Merah, Kuning dan Hijau.

    Antara acara-acara sukan yang mengisikan temasya sukan sekolah tersebut tahun ini, antaranya adalah larian 60 meter lelaki dan perempuan serta terbuka, larian 100 meter, 200 meter, skipping 60 meter, lompat tinggi, lompat jauh, softball, lari berganti-ganti dan sebagainya.

    Acara bermula dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan acara menaikkan bendera sekolah dan bendera sukan diiringi oleh lagu Sekolah Menengah Chung Hua.

    Tetamu Kehormat ketika menyampaikan piala kemenangan kepada wakil Rumah Hijau selaku  juara Temasya Sukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait kali ke-11.
    Tetamu Kehormat ketika menyampaikan piala kemenangan kepada wakil Rumah Hijau selaku juara Temasya Sukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait kali ke-11.
    Antara acara sukan yang dipertandingan dalam temasya sukan sekolah tersebut.
    Antara acara sukan yang dipertandingan dalam temasya sukan sekolah tersebut.

    Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan, Dayang Jaie Lim Siew Lee berkata, temasya sukan itu diadakan antara lain bertujuan untuk meningkatkan semangat gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah tersebut, selain turut memberikan kesedaran pentingnya semangat berkumpulan untuk mencapai kejayaan.

    Menurutnya lagi, harapan daripada aktiviti sukan ini bukanlah hanya sekadar mahu mencari pemenang di dalam acara-acara pertandingan padang tetapi lebih kepada melatih para pelajar untuk mempunyai keyakinan diri.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah ialah Pengerusi Lembaga Gabenor Sekolah Menengah Chung Hua, Lau Shiew Yuen, dan juara dalam temasya sukan pada tahun ini dirangkul oleh Rumah Hijau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda