Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemewahan di Poland semakin terserlah

    WARSAW – Sebuah Ferrari berwarna kelabu kelihatan berhenti di Warsaw dan seorang wanita muda keluar daripadanya. Memakai cermin mata hitam berjenama Chanel dan membawa seekor anjing comel dia kemudian memasuki hotel Raffles Europejski, sebuah simbol kemewahan yang telah kembali wujud di Poland.

    Destinasinya adalah kedai pastri bersejarah, Lourse, yang terletak di hotel tersebut, di mana tetamu akan membayar sekitar 250 dan 4,000 euro (AS$290 dan AS$4,700) semalam dan boleh menyewa seorang pelayan peribadi.

    Hotel legenda iaitu Hotel Europejski, yang mana dianggap terbaik di timur Eropah pada abad ke-19 itu baru saja dibuka semula selepas melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selama lima tahun yang mana dipelopori oleh jenama Raffles.

    Kedai Hermes pertama di Poland akan ditempatkan di tapak tersebut, menurut satu sumber kepada AFP, walaupun barangan gergasi mewah Perancis hanya akan mengesahkannya pada projek ‘di Warsaw pada akhir tahun 2019, awal tahun 2020.’

    Kemewahan telah menjadi semakin jelas di Poland selepas ketiadaannya yang begitu lama oleh kerana kerugian dahsyat negara itu semasa Perang Dunia II dan dasar egalitarianisme yang kemudiannya dipuji oleh rejim komunis.

    Sebahagian penghuni yang ada di pangsapuri itu adalah golongan bintang-bintang pop, pemain bola sepak dan pelakon. Manakala simbol kemewahan lainnya terlihat di sekitar bandar itu termasuklah kereta-kereta mewah dari jenama seperti Bentley, Ferrari, Lamborghini dan Rolls-Royce. – AFP
    Kemewahan telah menjadi semakin terlihat di Poland selepas ketiadaannya yang begitu lama oleh kerana kerugian dahsyat negara itu semasa Perang Dunia II dan dasar egalitarianisme yang kemudiannya dipuji oleh rejim komunis. – AFP

    Sepanjang dekad, golongan kaya baharu Poland telah bermunculan, yang mana ahlinya termasuk ketua perniagaan keluarga yang berjaya, agen hartanah dan pemilik bank terkemuka.

    Ramai golongan elit tinggal di apartmen Cosmopolitan, yang mana mempunyai 44 tingkat, terletak di tengah-tengah Warsaw. Dibuka pada tahun 2014, bangunan ini mempunyai reka bentuk minimalis yang direka oleh arkitek Jerman-Amerika, Helmut Jahn, yang juga mereka bentuk ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels.

    Daripada 100 jualan hartanah paling mahal di Warsaw antara tahun 2015 dan 2017, 79 flat bersangkutan adalah berada di bangunan Cosmopolitan, kata Karolina Kaim, presiden Tacit Investment, sebuah firma Poland yang membiayai pembinaan bangunan itu. Harga pangsapuri itu berbeza-beza mengikut tingkat dan pemandangan.

    Unit-unit yang paling dicari adalah pemandangan menuju ke arah Sungai Vistula dan bahagian bandar lama. Ia menelan belanja hampir 10,000 euro per meter persegi, satu angka yang mungkin tidak mengejutkan bagi warga Paris dan London, namun ianya sesuatu yang mengejutkan bagi warga sederhana Poland yang menerima purata gaji sekitar 1,100 euro sebulan.

    Kebanyakan pemilik pangsapuri adalah warga Poland, namun terdapat juga segelintir warga asing yang tinggal di ‘perkampungan menegak’ itu, yang bernilai lebih daripada 100 juta euro untuk dibina, menurut Kaim.

    Penghuninya termasuklah bintang-bintang pop, pemain bola sepak dan pelakon. Manakala simbol kemewahan lainnya terlihat di sekitar bandar itu termasuklah kereta-kereta mewah dari jenama seperti Bentley, Ferrari, Lamborghini dan Rolls-Royce.

    Hanya beberapa tahun yang lalu, kemunculan kereta-kereta ‘sport’ itu, dengan logo kuda terkemuka tersebut, telah menarik sekumpulan kecil orang ramai, namun kini, Ferrari tidak lagi berhenti dalam trafik di Warsaw.

    Pengeluar kereta mewah Itali itu mempunyai dua hak penjualan atau perwakilan di Poland, salah satunya berada di selatan Katowice dan satu lagi di ibu negara itu.

    Ketua pemasaran mereka, Karolina Szulecka, memilih untuk tidak mendedahkan angka jualannya di mana minat atau kemahuan pelanggan sentiasa meningkat.

    Ianya bukanlah untuk dasar syarikat itu bagi mengehadkan pengeluaran, namun Ferrari di Poland itu mungkin meningkat sehingga “lebih 10 atau 15 peratus”, katanya kepada AFP.

    Daripada 100 jualan hartanah paling mahal di Warsaw antara tahun 2015 dan 2017, 79 flat bersangkutan adalah berada di bangunan Cosmopolitan, kata Karolina Kaim. – AFP
    Ramai golongan elit tinggal di apartmen Cosmopolitan, yang mana mempunyai 44 tingkat, terletak di tengah-tengah Warsaw. Dibuka pada tahun 2014, bangunan ini mempunyai reka bentuk minimalis yang direka oleh arkitek Jerman-Amerika, Helmut Jahn, yang juga mereka bentuk ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels. – AFP

    Dari kejatuhan komunisme, kumpulan sosial usahawan baharu terlihat bermunculan dengan pesat, bekas-bekas pengurus sering membeli saham dengan cepat pada syarikat-syarikat baharu yang diswastakan dan dibangunkan oleh mereka atau usahawan dan pertukangan tangan kecil yang cuba mengadaptasi syarat-syarat baharu untuk mencipta atau mengembangkan perniagaan keluarga mereka.

    Dana EU dan pelaburan asing ke negara ini meningkat selepas kemasukan Poland dalam EU pada tahun 2004.

    Antara tahun 1990 dan 2015, keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih daripada dua kali ganda. Eksport semakin berkembang dan menurut ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa, pertumbuhan itu dijangka lebih dari empat peratus pada tahun ini, sebahagiannya adalah pada ‘penggunaan domestik yang kukuh.’

    Pada hari ini, mereka yang kaya di Poland adalah dari generasi ketiga pemilik perniagaan kecil-kecilan itu. Sementara itu, beberapa warga Poland mempunyai lebih daripada satu kereta ‘sport.’

    Seorang pemaju tanah, yang enggan dikenal pasti, mengakui bahawa dia mempunyai tiga buah kereta Ferrari yang diletakkan di garajnya, sementara pengumpul terbesar kereta itu di Poland mempunyai 12 buah. Dia juga memilih untuk tidak dikenali.

    Pengurus Besar pemborong Bentley dan Lamborghini di Poland, Piotr Jedrach, menjangka untuk menjual kira-kira 50 buah limusin British pada tahun 2018, peningkatan daripada tahun-tahun sebelumnya. Sebahagiannya disebabkan oleh penambahan model SUV baru-baru ini.

    Harganya bermula sekitar 230,000 euro. Bagi kereta Lamborghini, yang dipamerkan di Warsaw di dalam pameran pengedar kereta terlihat seperti kuil futuristik, mereka juga dijangkakan melihat peningkatan jualan dengan 60 buah dijangka terjual pada tahun 2019, ini adalah hasil daripada kereta SUV Urus.

    “Jika saya mempunyai banyak wang, saya juga akan membeli sebuah Ferrari untuk diri sendiri,” kata Hanna Mrowiec, seorang pengurus bersara yang tinggal di sebuah apartmen kecil satu bilik tidur.

    “Tetapi untuk mempunyai tiga? Itu tidak masuk akal. Anda tidak boleh memandu tiga buah Ferrari sekaligus,” katanya kepada AFP.

    Walau bagaimanapun, kemewahan di Poland secara umumnya masih di tahap berjaga-jaga.

    Pemilik Raffles Europejski warga Swiss, Vera Michalski, telah membeli sekitar 500 karya seni moden Poland yang mana menghiasi hotelnya. Dia juga membawa beberapa seni koleksinya ke hotel tersebut.

    Bagi Cosmopolitan, terdapat pameran seni pada awal tahun ini di tingkat 42. Ia memaparkan karya pelukis dan pemahat Wojciech Fangor, satu-satunya warga Poland yang telah mengadakan pameran solonya di Muzium Guggenheim di New York.

    Pameran Cosmopolitan adalah percuma untuk semua orang menghadirinya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda