Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Kempen anjuran Tricor berjaya kutip 34 pain darah

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Sebanyak 34 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh Tricor (B) Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Wisma Jaya di ibu negara,
kelmarin.

Kempen berkenaan merupakan acara tahunan Tricor (B) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam menyokong pusat tabung darah berkenaan dan ia merupakan kempen ke-7 dianjurkan oleh syarikat berkenaan setakat ini.

Tema kempen kali ini adalah Give the Gift of Life Donate Blood di mana usaha menderma darah adalah penting terutama semasa fasa endemik COVID-19 dalam memastikan stok darah mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Tricor Brunei ditubuhkan pada 2008 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia, dengan pengetahuan global dan kepakaran tempatan dalam perniagaan, korporat, pelabur, sumber manusia dan senarai gaji, amanah korporat dan perkhidmatan hutang, dan nasihat tadbir urus.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) dilaksanakan sebelum pendermaan darah dijalankan.
Antara yang menderma darah dalam kempen berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -