Kempen antipolio bermula di barat daya Pakistan

QUETTA, Pakistan, 2 Jan – Seorang pegawai kesihatan Pakistan berkata kempen khas antipolio lima hari telah dilancarkan di bandar barat daya wilayah Baluchistan selepas kesan virus polio ditemui di sistem pembetung.

Syed Faisal Ahmed, penyelaras Pusat Operasi Kecemasan di Quetta, berkata hari ini, bahawa kira-kira 400,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun akan diimunkan ke atas virus maut tersebut.

Menurutnya keputusan untuk melancarkan kempen istimewa itu telah dibuat selepas sampel alam sekitar di Quetta disahkan dengan kehadiran virus tersebut. Ahmed berkata 1,345 pasukan akan meliputi 39 majlis perbandaran tempatan di bandar di tengah-tengah keselamatan ketat.

Kempen berganda anti-polio itu membolehkan Pakistan untuk mengumumkan tahun lepas yang virus itu telah dihapuskan besar-besaran. – AP