Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kempen bantu kanak-kanak dedah penderaan

    PARIS, 1 NOV – Satu kempen baharu di Perancis membenarkan kanak-kanak menarik tumpuan kepada penderaan dengan meninggalkan surat dalam peti surat yang mudah diakses di seluruh negara, untuk penilaian pakar.

    Dan hasilnya telah membawa kepada beberapa siasatan polis, sementara mendedahkan gambaran yang mengejutkan mengenai penderaan kanak-kanak di Perancis.

    Dimulakan oleh seorang pegawai polis yang didera ketika masih kecil dan seterusnya menubuhkan kumpulan perlindungan kanak-kanak bergelar Les Papillons, program berusia dua tahun itu dikendalikan di bawah moto: ‘Jika kamu tidak dapat meluahkannya, tulis surat.’

    Kebanyakan mesej bertulis yang dihantar sejak setahun lalu dalam 200 peti putih yang didirikan di sekolah rendah, kelab sukan dan tempat lain yang mudah diakses oleh 61,000 kanak-kanak, merujuk kepada penghinaan, ejekan dan penderaan psikologi.

    ”Ia membantu sesetengah kanak-kanak yang tidak dapat bercakap mengenai perkara yang menyakitkan, atau tidak tahu kepada siapa untuk meluahkan perasaan mereka,” kata Florence, pengetua sekolah untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 10 tahun di kawasan terpencil di timur Perancis.

    “Adalah menyakitkan untuk bercakap mengenai penderaan seksual, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan seseorang yang rapat dengan keluarga – dan peti surat adalah sesuatu yang neutral,” tekannya.

    Pegawai polis Laurent Boyet, ketua Les Papillons, berkata inisiatif itu membantu menangani isu yang sukar dikesan dalam statistik rasmi.

    “Apa yang menarik tentang proses ini adalah ia berdasarkan perkataan kanak-kanak itu sendiri…tidak adanya campur tangan orang dewasa,” tekan Boyet.

    Setiap kali sebuah peti surat didirikan, penjelasan akan diberikan kepada kanak-kanak mengenai projek tersebut. Seseorang yang boleh dipercayai akan ditugaskan untuk mengambil surat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Mesej seterusnya akan dinilai oleh sekumpulan 12 anggota sukarelawan, semuanya profesional dalam isu kanak-kanak, termasuk pakar psikologi dan pendidik. – AP

    Gambar serahan Les Papillons menunjukkan sebuah peti surat untuk kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka di bawah moto: ‘Jika kamu tidak dapat mengatakannya, tulis surat.’ – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...