Kempen berjaya kumpul 117 pain darah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dengan kerjasama Pizza Hut Brunei telah mengadakan kempen menderma darah yang berlangsung di Airport Mall, Berakas, kelmarin.

Pada kempen berkenaan, seramai 183 orang mendaftar bagi acara berkenaan di mana sebanyak 117 pain darah berjaya dikumpulkan.

Dalam pada itu, Pusat Pendermaan Darah akan mengadakan kempen menderma darah di Dewan Pameran Hyundai di Beribi pada 29 Julai ini.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penderma darah yang berminat dinasihatkan untuk menempah slot masing-masing.

Di samping itu, mereka juga dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal serta mengimbas kod QR BruHealth masing-masing.

Antara yang menderma darah pada kempen berkenaan. – Gambar oleh Bahiyah Bakir