Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kempen bersih telekung solat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Lebih 30 orang ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) dan ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak B telah mengadakan Kempen Hari Bertindak (DoA) sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kelmarin.

    Kempen kali ke-3 dengan kerjasama MPK Lambak B itu diisikan dengan aktiviti mencuci telekung solat di Masjid Lambak Berakas.

    Lebih 30 pasang telekung telah dibersihkan dan diserahkan bersama 20 pasang telekung baharu yang diwakafkan.

    Kempen berkenaan telah lama dilaksanakan oleh PERBEKAL sebagai projek amal simbol kebersihan umat Islam yang menjadi keutamaan dalam menunaikan solat. Dalam kesempatan itu, sebanyak 30 kotak air mineral dan alat-alat pembersihan juga diserahkan kepada Awang Mohd Abdul Qayum bin Mohd Nazri mewakili Masjid Lambak Berakas.

    Hadir menyampaikan minuman dan alat-alat pembersihan berkenaan ialah Penaung PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud; Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku Penasihat PERBEKAL dan Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Pada asasnya PERBEKAL memberi keutamaan kepada projek amal dalam menyahut seruan KKBS menjayakan Program DoA termasuk menangani masalah murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menyediakan alat-alat persekolahan mereka di mana sumbangan-sumbangan diserahkan kemudian.

    Gambar ramai ahli-ahli PERBEKAL dan MPK Lambak B semasa kempen DoA yang berlangsung di Masjid Kampung Lambak, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...