Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah di Kuala Belait 28 Sept

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 17 Sept – NBT Toyota Kuala Belait dengan kerjasama Kelab Lions Belait sekali lagi akan menganjurkan kempen derma darah di Ruang Pameran NBT Toyota Kuala Belait pada 28 September ini.

    NBT Toyota Belait dan Kelab Lions Belait dalam perjumpaan bersama media hari ini, menyatakan bahawa kempen tersebut menyasarkan lebih banyak penyertaan dan menyasarkan kutipan minimum sebanyak 50 pain darah.

    Bagaimanapun, jumlah sasaran diharap akan meningkat memandangkan pada kempen yang diadakan pada April lalu, mereka berjaya mengumpulkan lebih 70 pain darah.

    Kempen tahun ini merupakan kali kedua anjuran kerjasama kedua-dua pihak berkenaan yang antara lain bertujuan untuk terus memberikan sokongan dalam membantu menambahkan tabung darah terutama untuk Daerah Belait bagi membantu mereka yang memerlukan. Pada kempen kali ini, NBT Toyota Belait akan menyediakan cenderahati yang lebih menarik kepada para penderma darah iaitu rantai kekunci, pen dan sijil penyertaan.

    NBT Toyota Kuala Belait dan Kelab Lions Belait sekali lagi akan bekerjasama menganjurkan kempen derma darah pada 28 September ini.

    Pengurus NBT Toyota cawangan Belait, Haji Shahrum bin Haji Jaafar dan wakil Kelab Lions Belait, Kevin Lim juga menyatakan bahawa orang awam yang ingin menderma darah perlu menjaga kesihatan seperti tidur awal, menjaga permakanan dan sebagainya.

    Selain itu, mereka juga akan mengagih-agihkan risalah dan menyampaikan pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan sebagainya kepada orang ramai termasuklah persatuan dan pelanggan mereka.

    Kempen itu nanti akan dikendalikan bersama Unit Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan acara ini akan dijadikan sebagai projek berterusan juga sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial dan korporat NBT Toyota Kuala Belait.

    Tahun lepas, kempen anjuran NBT Toyota Kuala Belait dan Kelab Lions Belait menerima lebih 100 penyertaan, bagaimanapun hanya 77 yang berjaya menyumbangkan darah setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda